Putrajaya – Satu taklimat khas berkenaan Aplikasi Penilaian Risiko Covid-19 dan Pengawasan Kesihatan Kendiri (Chase) telah dibuat oleh pihak Unisza pada 11 April yang lalu bertempat di Bilik Mesyuarat Nyatoh,KPPK Putrajaya.

YB Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin Bin Aman Razali, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi bersama dengan Perusahaan Tertinggi KPPK, Jabatan serta Agensi yang terlibat telah mendengari taklimat tersebut melalui aplikasi Skype.

Usaha ini merupakan susulan daripada pembinaan Sistem Penilaian Risiko Covid-19 Institusi Pengajian Tinggi (CRASH) yang telah dibuat oleh pihak KPPK dan UNISZA pada hujung Mac yang lalu.

Kewujudan sistem-sistem seperti ini dipercayai akan memberi impak yang besar dalam usaha menangani penularan Pandemik Covid-19 di Malaysia.