Baling – Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi akan menyediakan alat pendftaran Insentif Pengeluaran Getah (IPG). Ini merupakan salah satu usaha pihak kerajaan bagi menggalak serta memudahkan proses penoreh membuat tuntutan tersebut.

Menurut Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali, melalui program IPG, kerajaan telah memperuntukkan subsidi berjumlah RM500 juta untuk tahun ini. Namun begitu, hanya RM 100 juta sahaja yang telah dituntut oleh penoreh menjadikan baki RM 400 juta daripada peruntukkan tersebut masih belum dituntut. Ini menunjukkan kira-kira hanya 20 peratus daripada jumlah penoreh getah di seluruh Negara sahaja yang telah membuat tuntutan tersebut.

Justeru itu, antara hasil semakkan, kerajaan mendapati bahawa sebelum ini, penoreh getah berhadapan masalah membuat tuntutan IPG apabila perlu ke pejabat Lembaga Getah Malaysia (LGM) di bandar bagi membuat permohonan menyebabkan ramai tidak berbuat demikian. Oleh itu, dengan mewujudkan alat pendaftaran IPG ini akan memudahkan proses berkenaan.

Menurutnya lagi, semakkan terhadap kaedah tuntutan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) masih berjalan dari masa ke masa bagi memudahkan lagi para penoreh membuat tuntutan sekaligus mereka dapat merasai nikmat harga getah cuplump pada kadar RM2.50 perkilogram.