Putrajaya, 14 April – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada hari ini telah mengesahkan kewujudan 1 kluster baru di Sendayan, Negeri Sembilan.

Ini telah menjadikan terdapat 28 Kluster Covid-19 di Malaysia. Kluster terbaru di Sendayan ini melibat sebanyak 39 orang yang didapati positif Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata sehingga kini 39 kes positif Covid-19 dikesan di Sendayan yang melibatkan 13 orang pelajar tahfiz, 15 lembaga pengarah dan 11 orang daripada sebuah keluarga.

Beliau juga memaklumkan bahawa pihak KKM telah mengambil tindakan dan berharap dapat mengekang virus covid-19 dari terus merebak di kawasan Sendayan.