Putrajaya, 14 April – Mulai esok pihak polis tidak akan lagi mengeluarkan kompaun bagi kesalahan mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Mana – mana individu yang ingkar akan terus ditahan dan akan terus dituduh di mahkamah.

Menteri Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata jumlah terkumpul pihak yang melanggar dan mengingkari arahan PKP sehingga semalam adalah sebanyak 9,090 orang dan keseluruhan kompaun dikeluarkan berjumlah 4,036.

“PDRM (Polis Diraja Malaysia) telah menahan 1,374 individu kerana mengingkari arahan PKP, merangkumi 931 individu dikenakan kompaun RM1,000 manakala 418 orang direman dan 25 individu dijamin polis,” katanya pada sidang media PKP pada hari ini.