Putrajaya, 15 April – Kerajaan Malaysia telah mewartakan sebanyak 13 Akademi Penjara untuk dijadikan pusat tahanan baharu untuk pesalah yang melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pusat tahanan baharu itu akan mengikut semua prosedur operasi standard (SOP) penjara.

Keputusan mewartakan 13 pusat akademi itu telah diputuskan dalam mesyuarat semalam dan arahan telah dibuat kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menjalankan proses tersebut.