Putrajaya, 15 April – Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi hari ini telah memaklumkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri mengenai status pembangunan industri buluh negara dan potensinya untuk dimajukan sebagai sumber pertumbuhan baru dalam sektor agrikomoditi.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, YB Dato Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali, Saiz pasaran global bagi produk buluh dianggarkan berjumlah USD68 bilion pada tahun 2018 dan mempunyai potensi yang besar untuk diusahakan dan dimajukan di negara ini. Pada masa kini hanya terdapat lebih kurang 100 pengusaha buluh sahaja mengusaha produk berasaskan buluh seperti perabot, makanan, dan kraftangan.

Beliau memaklumkan, Kementerian akan membangunkan Makmal Tisu Kultur dan Tapak Semaian Buluh di Lahat, Negeri Perak di kawasan seluas 1.72 hektar (4.2 ekar) dalam usaha untuk menghasilkan anak benih buluh yang berkualiti tinggi.

Kementerian melalui Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia telah membuat satu inisiatif dibawah Program Pembangunan Ladang Hutan (PPLH) dimana program ini menyediakan pinjaman mudah (soft loan) bagi menggalakkan pembangunan ladang buluh di Malaysia.

Kementerian juga akan membawa perancangan program game changer dalam pembangunan industri buluh ke Rancangan Malaysia Ke Dua Belas (RMKe-12). Pihak kementerian dalam masa kini sedang merangka Pelan Tindakan Pembangunan Industri Buluh 2021-2025, yang dimana akan diumumkan pada hujung tahun ini.