Baling – Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, YB Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali pada hari ini telah mengadakan Lawatan Kerja secara rasmi ke Baling Kedah.

Lawatan kerja tersebut bertujuan untuk berjumpa dengan wakil Persatuan Penoreh Getah di daerah Baling, Kedah. Beliau juga mengambil peluang untuk meninjau serta menilai Pemantauan Pemegang Lesen dan Pusat Belian Getah di Kampung Luar, Siong, Baling. Di samping itu YB Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali, turut menyampaikan sumbangan kepada penoreh getah yang terpilih.

Menurut Menteri, pihak kerajaan amat mengambil berat terhadap kebajikan pihak penoreh getah dan beliau memaklumkan bahawa pihak kementerian dan sektor yang terlibat akan meneruskan usaha menjaminkan ekonomi peladang dan penoreh untuk jangka masa panjang.