Putrajaya, 16 April – Hari ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan seramai 250 pelajar tahfiz daripada 2,697 pelajar yang disaring positif COVID-19.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Noor Hisham Abdullah, jumlah tersebut menunjukan terdapat peningkatan sebanyak 33 kes.

Beliau berkata, Pihak KKM memerlukan sekurangnya dua minggu untuk membuat saringan terhadap 9,842 pelajar di seluruh negara.

“Mereka yang berada di madrasah telah kita saring, tetapi kita dapati ada yang pelajar sudah pulang ke rumah masing-masing dan kita perlu buat saringan lagi”. Ujar beliau.