ARAU, 22 April – Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perlis, Dr Sirajuddin Hashim telah memaklumkan kesemua 22 mukim di Perlis telah mencapai zon hijau sejak 15 April.

Dr Sirajuddin berkata daripada 16 dari 18 kes telah sembuh dan manakala lagi dua kes masih lagi berada dibawah pengawasan pihak JKN.

Beliau memaklumkan sebarang keputusan mengenai peringkat seterusnya mengenai status COVID – 19 di negeri perlis tertakluk sepenuhnya kepada pihak KKM.