Johor – Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) Johor telah membuat sumbangan PPE kepada petugas barisan hadapan (Frontliner) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di kawasan
Johor bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

Ini merupakan sebagai salah satu usaha PAPISMA Johor untuk membantu frontliner yang dimana mereka sekarang sedang mengalami masalah kekurangan PPE. PAPISMA Johor telah menghantar sumbangan mereka ke pusat – pusat kesihatan di sekitar Johor. Antara pusat kesihatan yang mendapat sumbangan dari pihak PAPISMA Johor ialah Pejabat Kesihatan Daearah Kluang, Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom Kluang, Pusat Kesihatan Daerah Pontian, Hospital Pontian dan Klinik Kesihatan Bukit Pasir Muar.

Selain itu, Pihak PAPISMA Johor juga menyampaikan sumbang kepada pihak Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Johor dan Daerah Kota Tinggi. Turut menerima sumbangan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Johor.

Selain daripada PPE, Pihak PAPISMA Johor turut juga menyumbang beberapa bantuan lain seperti hand sanitizer, medical gloves dan bekalan makanan kepada frontliner. PAPISMA Johor juga turut memberi sumbangan kepada keluarga yang mempunyai masalah kewangan semasa Perintah Kawalan Pergerakan melalui program DANA KEMANUSIAAN PAPISMA (DAKAP). Melalui DAKAP, sumbangan kewangan dan barang keperluan asas akan diserahkan kepada penerima yang layak.

Orang ramai yang berminat untuk membuat sumbangan kepada PAPISMA Cawangan Johor, boleh salurkan ke akaun bank PAPISMA Cawangan Johor, 8603577158 (CIMB) dan sila letak rujukan COVID -19. Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi Dr Suhaizal di nombor 0177068635. Sumbangan yang anda lakukan amat bermakna bagi frontliner kita.