Istana Sultan Abdul Aziz, Kuantan – Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Dato’ Dr Khairuddin Aman Razali, pada hari ini mengangkat sembah mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta menyampaikan sumbangan buat negeri Pahang.

Baginda memperkenan menerima sumbangan 100,000 unit sarung tangan daripada KPPK untuk disalurkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) serta pihak lain yang memerlukan.

Sumbangan adalah demi menyatakan komitmen dan keprihatinan Dato’ Dr Mohd Khairudin serta kementerian betapa pentingnya rakyat menjaga diri dan mematuhi perintah PKP. Kumpulan Frontline tetap menjadi perhatian dan keutamaan agihan bantuan.