PUTRAJAYA, 24 April – Menteri Kewangan Malaysia,  Tengku Dato’ Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz melalui satu kenyataan media telah mengumumkan Kementerian Kewangan akan berkerjasama dengan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE) untuk merangka Pelan Pemulihan Ekonomi secara menyeluruh.

Beliau berkata, dalam masa terdekat kementerian Kewangan akan menumpu kepada usaha-usaha jangka pendek dan sederhana. Pelan ini akan menumpu ekonomi semasa waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan selepas tamat PKP. Ini untuk memastikan kelansungan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

Tengku Dato’ Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz turut memaklumkan, pada masa yang sama kerajaan juga akan merangka strategi jangka panjang dimana akan merangkumi langkah-langkah untuk melestarikan teras ekonomi, alam dan sosial Malaysia. Kerajaan akan menumpukan pada teknologi digital dimana akan memain peranan penting untuk masa akan datang.

Antara objektif jangka masa pendek dan sederhana ialah membina keupayaan perniagaan dan individu, menanamkan keyakinan di kalangan pengguna dan memperkasakan persekitaran pelaburan yang lebih positif untuk masa hadapan.

Pelan ini akan menjadi penghubung dan pelengkap kepada pakej-pakej ransangan ekonomi yang diumum kerajaan sebelum ini. Pelan ini juga dapat membantu melindungi rakyat, menyokong perniagaan dan mengukuhkan ekonomi ekoran penularan wabak COVID – 19.