Baru ini telah terdapat satu berita yang kurang menyenangkan berkenaan Ustaz Ebit Lew dimana beliau telah dikecam oleh Ustaz Abu Syafiq kerana menunjukkan sumbangan yang diberikan olehnya kepada orang ramai.

Ustaz Ebit Lew juga telah dipanggil oleh pihak polis kerana terdapat laporang polis berkenaan dirinya mengenai sumbanganya yang diberi kepada orang memerlukan.

Namun, pihak polis telah memaklumkan bahawa pendakwah tersebut  telah diberikan kebenaran untuk bergerak ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk memberi sumbangan kepada golongan asnaf.

Disebabkan isu ini, empat penceramah terkenal di Malaysia iaitu Ustaz Syamsul Debat, Ustaz Abdullah Khairi, Ustaz Haslin Baharim dan Dr. Izhar Ariff telah tampil untuk menerangkan dan membahaskan berkenaan isu ini secara panggilan video.

Didalam video tersebut, empat penceramah tersebut telah bersetuju dan menyokong tindakan Ustaz Ebit Lew berkongsi kerja-kerja amal yang dilakukan bukanlah bertujuan untuk riak atau menunjuk-nunjuk.

Mereka turut memberi beri beberapa contoh daripada sahabat Nabi yang turut melakukan perkara yang sama, iaitu memberi sumbangan dan mensyiarkan kepada masyarakat tentang sumbangan mereka supaya memberikan contoh yang baik.

Mereka juga mengutuk tindakan Ustaz Abu Syafiq yang menyerang Ustaz Ebit lew dan mengatakan ia adalah sesuatu yang tidak patut dilakukan. Menurut mereka, Ustaz Abu Syafiq boleh menghubungi Ustaz Ebit Lew secara peribadi jika ada perbezaan pendapat atau ingin memberi pandangan dan nasihat.

Ustaz Abu Syafiq juga telah menuduh Ustaz Ebit Lew tidak ikhlas dalam membuat sumbangan kerana merakamkan pemberiannya kepada penerima dan menuduh Ustaz Ebit Lew telah menyelewengkan wang sumbangan orang ramai untuk membeli kereta mewah.

Sampai hari ini masih tiada sebarang permohonan maaf yang dibuat oleh Ustaz Abu Syafiq bahkan beliau dengan sombong mengatakan bahawa beliau tidak bersalah.