WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump semalam telah berkata, beliau akan menuntut pampasan daripada pihak China susulan penularan pandemik COVID-19 bermula di bandar Wuhan, sebelum menular ke seluruh dunia.

“Kami tidak berpuas hati dengan China kerana kami percaya yang ia boleh dihentikan dari tempat asal.

“Wabak ini boleh dihentikan segera dan tidak merebak seluruh dunia,” ujar beliau di sidang media harian di Rumah Putih.

Trump turut berkata, pihak Amerika mempunyai pelbagai cara untuk mendesak pihak China untuk bertanggunjawab atas penularan wabak COVID – 19.

Amerika sedang mempertimbangkan untuk membuat tuntutan pampasan seperti pihak Jerman yang dimana menuntut pampasan sebanyak AS$165 bilion (RM719 bilion) dari pihak China sebelum ini.

“Kita akan membuat tuntutan lebih besar dari Jerman tetapi jumlah tersebut masih belum ditetapkan.