PUTRAJAYA : MKN memberi cadangan kedai makan dan restoran dibuka hingga jam 10 malam sepanjang Ramadan serta kedai pajak gadai dibenarkan beroperasi, beliau berkata, perkara itu boleh dibincangkan MKN dalam menyediakan SOP berkenaan.

“Setakat ini, masih kekal dengan SOP lama iaitu ditutup pada jam 8 malam dan mereka yang mahu membuat tempahan perlu berbuat demikian sebelum waktu operasi tamat.

“Kalau dibuka hingga jam 10 malam, akan keluar jam 9 malam. Kalau buka hingga jam 8 malam, boleh buat tempahan pada jam 7 malam.

“Seperti saya katakan tadi SOP mengikut zon akan dikeluarkan. Mungkin perkara ini boleh dipertimbangkan untuk kawasan zon hijau, termasuk pajak gadai,” katanya.