Kuala Lumpur, 27hb. April – Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Dato’ Dr Khairuddin Aman Razali, pada hari ini mengadakan pertemuan dengan Duta Palestin-Malaysia, Walid Abu Ali. Menerusi pertemuan tersebut, Menteri dan Duta Palestin-Malaysia membincangkan keadaan semasa rakyat Palestin serta peranan dan tindakkan susulan pihak kerajaan Malaysia dalam mempertahankan hak rakyat Palestin.

Malaysia merupakan antara negara yang paling aktif mengambil peranan menyalurkan bantuan kepada Palestin dalam pelbagai aspek merangkumi bantuan dari sudut kewangan, pembangunan, perubatan dan lain-lain.

Tambahan lagi,  hubungan dua hala bagi maksud mempertahankan kesucian Palestin khususnya Masjid Al-Aqsa turut dibawa dalam usaha kempen Antarabangsa dan ianya merupakan hak mutlak umat Islam.