Semalam terdapat satu kisah yang tular di Facebook, dimana seorang lelaki telah tekad untuk pulang dari Kuala Lumpur ke Kelantan dengan hanya berjalan kaki.

Sara Anisa memberitahu melalui Facebook, suaminya difahamkan telah hampir sebulan tidak bekerja, malah suaminya terpaksa keluar dari rumah sewa berikutan kehabisan wang untuk terus menentap di Kuala Lumpur.

Lelaki tersebut melalui Facebook akaunnya Matnoe Poksu Din berkata, yang beliau sudah berjalan hingga Perak, sehingga kasut yang dipakai sudah mula rosak.

Dia terpaksa berhenti sebentar di Mydin Amanjaya, untuk berehat sebelum memulakan semula perjalanan untuk pulang ke kampung, mengikut jangkaan masa dalam dua hari untuk sampai ke Kelantan.

Menurut berita yang terkini, beliau telah sampai ke rumah pada pukul 11 malam semalam.