GERIK, 28 April – Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dan Exco Perak, Razman Zakaria hari ini telah mengaku bersalah kerana melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada satu majlis di Lenggong. Mereka dikenakan denda sebanyak RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Gerik.

18 April yang lalu, telah tular beberapa gambar Dr Noor Azmi bersama Razman dan beberapa individu lain menghadiri satu jamuan di Ma’ahad Tahfiz di Lenggong.

Majlis itu didakwa diadakan tanpa penjarakkan sosial seperti yang disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).