PUTRAJAYA, 29 April – Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan sebanyak 50,000 kit ujian pantas wabak COVID-19 dari Korea Selatan akan tiba ke Malaysia pada hari Jumaat ini.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, keutamaan akan diberikan kepada hospital dan klinik di Sabah dan Sarawak untuk menggunakan peralatan perubatan tersebut.

Menurut beliau, pada hari keesokan atau Sabtu, lagi 100,000 kit ujian pantas itu akan sampai ke Malaysia.

Dr Noor Hisham berkata, menyedari masalah logistik yang dihadapi di Sabah dan Sarawak, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan memberi keutamaan peralatan tersebut kepada klinik dan hospital di kedua-dua negeri berkenaan.