PUTRAJAYA, 29 April – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang  mempertimbangkan cadangan pembukaan semula taska dan pusat asuhan kanak-kanak berikutan sektor ekonomi akan mula beroperasi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, cadangan tersebut akan di bawa dan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada pagi esok.

“Ada keperluan untuk membuka semula taska dan perkara ini akan dibincangkan dalam mesyuarat esok,” ujar beliau pada sidang media Covid-19 di KKM pada hari ini.

Sebelum ini, taska antara yang turut diarahkan tutup berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara sejak 18 Mac lalu.