PUTRAJAYA, 30 April – Kedah telah diisytiharkan negeri terbaharu zon hijau COVID-19 apabila tiada kes aktif dikesan di negeri itu, setakat 12 tengah hari semalam.

Sebelum ini, Perlis telah muncul sebagai negeri pertama diisytiharkan sebagai zon hijau kerana talah mencatatkan kes jangkitan sifar bagi tempoh melebihi dua minggu diikuti negeri Kelantan pada hari  Selasa.

Kedah menjadi negeri ketiga bebas wabak COVID-19 selepas kesemua 11 daerah dalam negeri Kedah telah mencatatkan sifar kes COVID-19 yang aktif berbanding jumlah keseluruhan 95 kes sebelum ini.

Sehingga hari ini, Malaysia telah mencatatkan sebanyak 5,945 kes dan daripada jumlah berkenaan 1,758 kes masih aktif.