PUTRAJAYA, 30 April – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kebanyakan kes COVID-19 di Hospital Umum Sarawak berpunca dari  kluster terbesar di Kuching, iaitu kluster perhimpunan keagamaan di sebuah gereja.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata sebanyak 29 kes atau lebih dari separuh keseluruhan kes COVID-19 di Kuching adalah dari kluster perhimpunan keagamaan berkenaan.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan setakat ini, tiada kes yang berpunca daripada pengendalian kes yang disahkan positif dari wad COVID-19 dan unit rawatan rapi (ICU) di hospital berkenaan.

Sehingga semalam, seramai 2,003 individu dari kontak rapat sudah dikenal pasti susulan pengesanan kontak rapat secara aktif yang dijalankan oleh pihak KKM dan seramai 1,950 anggota kesihatan telah di uji dan negatif COVID-19.