Kuala Lumpur – Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK), hari ini menerusi Kenyataan Media, telah memaklumkan Jemaah Menteri mengenai prestasi Eksport Sawit sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut kementerian, sepanjang tempoh PKP sehingga 14 April 2020, keseluruhan eksport produk sawit mengalami penurunan signifikan sebanyak 34.8 peratus atau 793,257 tan kepada 1,486,521 tan berbanding 2,279,778 tan bagi tempoh yang sama tahun 2019. Khusus bagi eksport minyak sawit mentah dan minyak sawit proses, penurunan sebanyak 41.7 peratus atau 636,847 tan kepada 890,331 tan berbanding 1,527,178 juta tan bagi tempoh yang sama.

“Meskipun kejatuhan nilai eksport minyak sawit tidak dapat dielakkan lantaran banyak negara juga melakukan PKP yang memberi kesan kepada permintaan, insya’aAllah kita akan bangkit semula pasca PKP dengan stratigi baru antaranya memperluaskan pasaran ke negara-negara baru dan mempergiatkan lagi pasaran sedia ada” kata Menteri, Dato Dr. Khairuddin Aman Razali.