KUALA LUMPUR – Pencerobohan perairan Malaysia oleh pihak luar masih tiada jalan penyelesaian dan pihak kerajaan perlu pertimbangan anjakan paradigma dalam menanganinya masalah ini.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Sains (MOSTI) Haji Ahmad Amzad Hashim berkata masalah pencerobohan berterusan kapal – kapal tentera laut milik negara China secara besar – besaran yang mencabar kedaulatan perairan negara di Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak). Aktiviti pencerobohan kapal – kapal tentera laut milik China berpotensi menganggu operasi carigali petroleum di kawasan tersebut.

Beliau berkata, masalah pencerobohan berterusan nelayan dari Vietnam secara besar besaran di perairan Terengganu, Kelantan dan Pahang turut menganggu sumber perikanan negara, malah ada sampai mengancam nyawa nelayan tempatan dan terdapat beberapa laporan yang mengatakan nelayan dari Vietnam mencabar pihak berkuasa dengan menunjukkan senjata. Industri Petroleum negara berpusat diperairan Terengganu dan Kelantan. Kata beliau melalui hantaran Facebooknya.

Dan antara masalah lain ialah masalah  pengganas dan lanun di perairan Sabah di bawah kawalan pihak berkuasa Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), ujar beliau.

Beliau turut memberi pandangan yang negara kita masih kekurangan pengawasan dan infrastruktur di kawasan teesebut.

“Saya fikir kita masih kekurangan dari segi sovereignty presence sama ada infrastructure atau fleet maritime,  laut atau udara  serta saiz pasukan di Laut China Selatan yg mempertegaskan kekuasaan dan kedaulatan negara terhadap perairan yang menjadi milik negara.”

“Laut China Selatan dikatakan mempunyai anggaran rezab hasil petroleum bernilai lebih USD 3 trillion.” ujar beliau.

Menurut beliau, kerajaan Malaysia perlu mengambil pendekatan berbeza dan mengenakan tindakan yang lebih tegas dan keras dalam menangani pencerobohan nelayan Vietnam selain meja diplomasi hubungan dua hala dengan negara berkenaan.

Selain itu, beliau berkata, Kerajaan Malaysia perlu menambah penggunaan Teknologi dan Inovasi dalam pengawasan misalnya mengunakan teknologi remote sensing, satelite, drone, fast interceptor boats, patrol vessels, pangkalan tentera tengah laut dengan mengubahsuai platform carigali yang sudah tidak diguna pakai lagi.