PUTRAJAYA, 1 Mei – Kerajaan Malaysia pada hari ini telah memutuskan perjalanan yang melintasi sempadan negeri termasuk pulang ke kampung halaman semasa cuti perayaan Aidilfitri masih tidak dibenarkan kepada mana-mana rakyat Malaysia sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang akan bermula 4 Mei ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kebenaran perjalanan melintasi sempadan negeri itu bagaimanapun dikecualikan kepada yang bekerja dan pada yang ingin pulang ke rumah masing-masing setelah terkandas di kampung halaman atau di tempat-tempat yang lain.

Dalam perkembangan yang lain, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan untuk masa sekarang, semua sekolah, kolej dan institusi pengajian tinggi masih belum dapat dibuka lagi.