KUALA NERUS, 3Hb. Mei – Semua sektor di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) dibenarkan beroperasi mulai 4hb. Mei ini. Menurut Perutusan Khas sempena Hari Pekerja, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat (PKPB) bagi membenarkan semua sektor ekonomi beroperasi dan rakyat boleh melakukan aktiviti sosial tertentu. Namun begitu, kelonggaran tersebut boleh ditarik balik sekiranya didapati melanggar syarat PKPB yg berkuatkuasa mulia esok.

Menteri KPPK, Dato’ Dr. Khairuddin Aman Razali berkata lepasan sepenuhnya ini meliputi kelapa sawit, koko, getah dan kenaf dari sektor peladangan, pengilangan hingga jua beli dagangan. Katanya, meskipun diberi kebenaran beroperasi seratus peratus namun masih tertakluk kepada syarat yang ketat mengikut tatacara keselamatan.

Syarat turut diperketat bagi maksud langkah pencegahan covid19. Ini termasuk merekod suhu badan setiap pagi, penggunaan cecair anti-kuman dengan kerap serta mengamalkan penggiliran kerja.

“Sepatutnya ada arahan atau kawalan pergerakan ini tetapi kita perluaskan lagi kelonggaran itu pada sektor-sektor yang lain. Jadi kena faham, kita masih dalam tempoh PKP, cuma kita beri peluang ‘bernafas’ untuk ekonomi”.

Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas mengagihkan sumbangan juadah berbuka puasa dan barangan keperluan harian kepada golongan yang memerlukan di Kampung Banggol Peradong, Kuala Nerus, semalam.


Turut hadir mengiringi beliau, Pegawai Khas Parlimen Kuala Nerus, Ustaz Yusrizal Wan Shafie, Pegawai Parlimen DUN Buloh Gading, Yusof Ismail, dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buloh Gading, Ustaz Ridzuan Hashim.