PUTRAJAYA, 6 Mei – Kementerian Kewangan Malaysia hari ini telah mengumumkan telah mencapai kata sepakat dengan industri perbankan mengenai pelupusan caj tambahan ke atas ansuran bagi pinjaman sewa beli (konvensional dan Shariah),

Menteri Kewangan Malaysia, YB Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, persetujuan telah dicapai untuk menetapkan bahawa jumlah ansuran bulanan pinjaman tidak akan berubah bagi peminjam sewa beli (konvensional dan Shariah) sepanjang tempoh pembiayaan tersebut.

Ini juga bermakna tiada sebarang caj tambahan akan dikenakan sewaktu tempoh moratorium (penangguhan).

Beliau berkata, peminjam perlu menyambung pembayaran ansuran seperti biasa berdasarkan terma-terma perjanjian dengan bank masing-masing, termasuk tambahan 6 bulan bagi keseluruhan jadual pembiayaan jika memilih untuk memanfaatkan moratorium tersebut. Untuk maklumat lebih lanjut, peminjam boleh menghubunhi bank masing-masing.

“Kerajaan berharap keputusan ini akan dapat meringankan beban rakyat dalam tempoh yang mencabar ini.” ujar beliau melalui kenyataan media Kementerian Kewangan hari ini.