PUTRAJAYA, 7 Mei – Kementerian Kesihatan Malaysia telah memaklumkan jumlah kes positif COVID – 19 pada hari ini adalah sebanyak 39 kes. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 6,467 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah pesakit yang sembuh sepenuhnya adalah seramai 74 orang. Ini menjadikan jumlah kes pesakit yang telah sembuh ialah 4,776 kes.

Pesakit yang masih dirawat (Kes Aktif) adalah seramai 1,584 orang . Seramai 19 orang daripadanya di rawat di ICU (8 orang memerlukan bantuan alat pernafasan).

Pihak Kementerian memberitahu bahawa tiada kematian baharu pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes kematian di negara kita kekal sebanyak 107 kes.