PUTRAJAYA, 8 Mei – Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan jumlah kes positif COVID- 19 pada hari ini adalah sebanyak 68 kes dan 4 daripada kes tersebut adalah kes import. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes adalah sebanyak 6,535.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah pesakit yang sembuh dan dibenarkan keluar adalah sebanyak 88 kes, menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh sepenuhnya ialah sebanyak 4,864 orang.

Beliau berkata, jumlah pesakit yang masih menerima rawatan adalah 1,564 orang. Seramai 18 daripadanya di rawat di ICU, termasuk 7 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Pihak Kementerian memberitahu bahawa tiada kematian baharu pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes kematian di Malaysia kekal sebanyak 107 kes.