إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ‎

Dukacita dimaklumkan bahawa Dato Ustaz Ismail Kamus telah kembali ke rahmatullah pada pukul 12.35 awal pagi tadi.

Semoga Allah SWT merahmati, mengampuni serta menghimpunkannya bersama para Nabi dan para solehin.

Daripada Umar RA, katanya:

لَمَوْتُ أَلْفِ عَابِدٍ قَائِمِ اللَّيْلِ صَائِمِ النَّهَارِ، أَهْوَنُ مِنْ مَوْتِ عَاقِلٍ

Maksudnya: “Mati seribu orang ahli ibadat yang berqiamullail dan puasa sunat di siang hari lebih ringan daripada mati seorang yang berakal lagi alim.”