PUTRAJAYA, 10 Mei – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari ini telah mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang akan tamat pada Khamis ini telah dilanjutkan sehingga 9 Jun.

Beliau berkata, keputusan untuk melanjutkan PKPB selama sebulan lagi itu dibuat atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Ini bermakna, semua peraturan dan SOP yang dilaksanakan sepanjang tempoh PKPB akan kekal berkuat kuasa sehingga 9 Jun 2020 dan sebarang perubahan mengenai peraturan, SOP atau senarai sektor yang dibenarkan beroperasi akan dimaklumkan dari masa ke semasa,” ujar beliau dalam Perutusan Khas hari ini.

PKPB mula dilaksanakan pada 4 Mei yang lalu dan kebanyakan sektor telah dibenarkan beroperasi namun perlu mematuhi SOP ditetapkan.

Penetapan PKPB juga menyaksikan tiada lagi larangan perjalanan selepas jam 10 malam atau pergerakan rentas daerah.