KEDAH, 12 Mei – Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR di Kedah hari ini telah mengumumkan bahawa mereka telah keluar dari parti PKR dan menyokong kepemimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di peringkat Kerajaan Pusat.

ADUN Lunas, Azman Nasrudin dan ADUN Sidam, Dr Robert Ling Kui Ee telah  mengumumkan peletakan jawatan mereka pada sidang media di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sidam pada tengah hari ini.

Dua ADUN tersebut turut memaklumkan bahawa mereka menyokong penuh kepemimpinan Perikatan Nasional Kedah dan menjadi ADUN Bebas yang akrab kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia.