KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan memaklumkan bahawa Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah sudah menerima 23 akuan bersumpah (SD) dari adun yang mencadangkan calon baharu bagi menggantikan menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Akuan bersumpah (SD) berkenaan telah diserahkan oleh presiden Umno, PAS dan Bersatu semasa mengadap Sultan Sallehuddin di Kuala Lumpur semalam.

“Mereka memaklumkan kepada sultan bahawa ketiga-tiga parti bersetuju dengan calon yang dinamakan dalam akuan bersumpah (SD) berkenaan bagi menggantikan Mukhriz Mahathir sebagai menteri besar Kedah,” ujar beliau.

Pertemuan tersebut berlangsung selama sejam selepas Mukhriz Mahathir mengumumkan beliau masih menteri besar Kedah yang sah. Kesemua 23 adun telah mencadang adun Jeneri, Muhammad Sanusi Md Nor, Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah sebagai menteri besar yang baharu.

Semalam, Mukhriz Mahathir menafikan beliau sudah kehilangan majoriti di dewan undangan. Ujar beliau, Pakatan Harapan masih lagi memerintah Kerajaan Negeri Kedah.