ALOR SETAR, 16 Mei – Seramai 100 ketua bahagian dan cawangan PKR Kedah mengambil tindakan keluar dari parti itu kerana tidak berpuas hati dengan kepimpinan pusat.

Adun Lunas, Azman Nasrudin berkata, mereka telah membuat keputusan untuk  menyokong Perikatan Nasional dan menjadi sebahagian daripada NGO berkaitan PN, Penggerak Komuniti Negara (PKN).

“Sekurang-kurangnya “8,000 hingga 10,000” ahli PKR dijangka meninggalkan parti itu pada minggu depan dan menyertai PKN.” ujar beliau dalam satu sidang media di Pendang pada hari ini.

Beliau dan pemimpin lain telah mengambil kesempetan menanggalkan baju seragam PKR dan melipat bendera parti sebagai tanda simbolik keluar dari parti PKR.