KUALA LUMPUR – Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali, pada hari ini mengadakan sesi Perjumpaan dan Taklimat bersama Ketua Pengarah Lembaga Getah Malaysia dan Ahli Lembaga Pengarah LGM Properties Corporation di Bangunan Getah Asli (Menara), Ampang, Kuala Lumpur.

Perjumpaan dan Taklimat Rasmi bertujuan merangka satu dasar yang lebih holistik ke arah memajukan industri getah khususnya di negara Malaysia selain membuktikan tahap komited kerajaan terhadap industri getah supaya kekal berdaya saing di peringkat antarabangsa.