ALOR SETAR, 17 Mei – Datuk Seri Muhkriz Mahathir telah mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Besar Kedah berkuat kuasa hari ini.

Beliau yang sebelum ini tiba di Wisma Darul Aman, jam 9.10 pagi ini, telah mengadakan sidang media untuk mengumumkan peletakan jawatan itu.

Beliau turut mengumumkan peralihan kuasa kerajaan negeri Pakatan Harapan (PH) Kedah serta kedudukan semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) turut tergugur.

Beliau berkata sudah memaklumkan melepaskan jawatan Menteri Besar Kedah kepada Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah pada pagi tadi.