KUALA LUMPUR, 18 Mei – Persidang Dewan Rakyat pada hari ini memberikan gambaran bahawa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mempunyai sokongan majoriti di Dewan Rakyat melalui kedudukan ahli parlimen.

Seramai 114 ahli parlimen duduk di blok kerajaan manakala seramai 107 ahli parlimen termasuk bekas perdana menteri ke 7 Tun Dr Mahathir Mohamad duduk di blok pembangkang bersama empat lagi ahli parlimen Bersatu.


Di sebelah kanan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (Pagoh) , diduduki oleh Azmin Ali (Gombak)  dan diikuti oleh Ismail Sabri Yaakob (Bera), Fadillah Yusof (Petra Jaya ) dan  RAdzi Jidin (Senator)

Di barisan pembangkang pula, ahli parlimen Port Dickson Anwar Ibrahim telah dilantik sebagai ketua pembangkang dan diikuti Mohamad Sabu (Kota Raja) ,  Lim Guan Eng (Bagan), Dr Wan Azizah Wan Ismail (Pandan), Lim Kit Siang (Iskandar Puteri), Muhamad Yusof Rawa (Parit Buntar) dan  Tun Dr Mahathir (Langkawi).

Sebelum ini Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof telah meluluskan cadangan usul undi tidak percaya terhadap Tan Sri Muhyiddin Yasin (Pagoh) dari Tun Dr Mahathir (Langkawi), namun ia tidak dapat dibuat pada hari ini kerana sidang parlimen hanya dibuka untuk mendengar titah Yang DiPertuan Agong sahaja.