ISNIN, 18 Mei – Asnaf Seberang Takir, Terengganu hari ini menerima kunjungan YB Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali sejurus mendapat perkhabaran berkenaan kondisi rumah dan kesulitan yang melanda penghuni rumah tersebut.

Keprihatinan Dr. Khairuddin Takiri yang diwakili Setiausaha Politik, Ust Mohd Kamal Nazmi menziarahi 2 rumah golongan asnaf tersebut mendapat sambutan baik tuan rumah.Tidak dinafikan berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul bebanan yang mereka alami selama ini.

Sejurus menerima kunjungan tersebut, penghuni-penghuni rumah tersebut masing-masing meluahkan kesulitan yang dialami lebih-lebih lagi dalam situasi ekonomi yang merundum berikutan wabak Covid 19 yang dialami di negara ini sejak lebih kurang 2 bulan yang lalu sehingga kini.

Biarpun Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sebagaimana yang diperintahkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Muhyiddin Yassin pada 12 Mei 2020 yang lalu masih lagi berkuatkuasa, Dr. Khairuddin Takiri dengan kerjasama Penyelaras Dun Seberang Takir, Hj. Mohd Fazil Wahab dan Pengerusi MPKK tetap bergiat aktif bagi usaha membaik pulih kedua-dua rumah tersebut dengan kadar segera bagi memberi keselesaan kepada penghuni rumah dhaif tersebut, di samping menjaga serta mematuhi syarat-syarat yang digariskan oleh Menteri Kesihatan Negara (MKN)