Putrajaya, 19hb. Mei – Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Dato’ Dr Khairuddin Aman Razali, pada hari ini mengadakan suatu pertemuan bersama Syarikat-Syarikat Petroleum bagi membincangkan isu semasa dan Pelan Pelaksanaan bagi Program Biodiesel B20 Sektor Pengangkutan.

Menurut Menteri, program tersebut telah dilaksanakan secara berfasa pada sejak Januari 2020 bermula di Langkawi pada 1 Jan 2020 dan Labuan 15 Jan 2020.

Menurut penjelasan beliau pada sidang media, program tersebut berupaya meningkatkan penggunaan sawit domestik sebanyak 534,000 tan setahun dan kira-kira 1.3 juta tan minyak sawit setahun dijangka akan digunakan dalam negara dan menyumbang kepada pengurangan pelepasan gas rumah kaca (GHG) sebanyak 3.8 juta tan CO2 setara setahun dengan mengambil kira pelaksanaan Program Biodiesel B20 sektor pengangkutan dan Program Biodiesel B7 untuk sektor industri sedia ada. Usaha gigih dalam pelaksanaan program ini menunjukkan tahap komited Kerajaan terhadap industri minyak sawit negara.

Beliau turut menngulas bahawa projek naik taraf 35 depoh adunan yang diperlukan bagi pembekalan adunan diesel B20 mengalami kekangan berikutan penularan wabak COVID-19. Sehubungan dengan itu, pertemuan antara Menteri KPPK dengan syarikat-syarikat petroleum diadakan bagi membincangkan cadangan tarikh baharu pelaksanaan program tersebut bagi Sarawak, Sabah dan Semenanjung.

Hasil daripada berbincangan tersebut masing-masing telah bersetuju dan bersepakat dengan perubahan tarikh yang telah dirancang bagi pelaksanaan untuk diperluaskan secara berfasa iaitu ke Sarawak pada 1 September 2020, Sabah pada 1 Januari 2021 dan mengekalkan tarikh asal pelaksanaannya iaitu 15 Jun 2021 bagi Semenanjung Malaysia.

Dalam kenyataan beliau pada media hari ini berharap agar usaha KPPK dalam melaksanan program ini dapat meningkatkan industri sawit negara ke tahap yang lebih baik pada masa akan datang disamping mengambil kira isu semasa yang sedang dihadapi oleh negara pada masa kini.