PUTRAJAYA – Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) hari ini menerima Kunjungan Rasmi dari Persatuan Penapis Minyak Sawit Malaysia (The Palm Oil Refiners Association Of Malaysia) PORAM.

Dalam kunjungan tersebut, Menteri KPPK, YB Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali menerima sumbangan sebanyak RM467,000.00 secara khusus untuk Tabung Bantuan COVID-19 KPPK bagi maksud membantu masyarakat yang menghadapi masalah ekonomi kesan daripada Pandemik COVID-19.

Turut hadir sama Wakil PORAM, YBhg. Tuan Haji Jamil Haron, Pengerusi PORAM, Encik V. Chandra Naidu, Pengurus Besar PGEO Marketing Sdn. Bhd., Encik Khoo Heng Suan, Timbalan Pengarah Eksekutif Lam Soon Bhd. serta Encik Mad Zaidi Mohd Karli, Timbalan Ketua Setiausaha (Komoditi) KPPK.

Kujungan Hormat juga bertujuan membincangkan berkenaan fungsi keterlibatan PORAM di dalam industri sawit serta hala tuju ekonomi dan pemasaran industri sawit negara untuk jangka masa pendek dan panjang .