20 Mei – Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali diwakili Setiausaha Akhbar kepada Menteri KPPK Muhammad Faudzi Jalil bertemu wakil pekebun kecil di Kg. Peta, Kahang. Hj. Mazlan dan Hj. Safuan yang mewakili pekebun-pekebun lain telah membawa beliau melawat dan menyaksikan permasalahan yang dihadapi. Permasalahan tersebut turut dikongsi bersama MPOB berdekatan untuk tindakan awal selain dibawa kemeja Menteri.

Antara permasalahan yang diluahkan oleh wakil pekebun kecil tersebut termasuklah lokasi ladang sawit yang berkeluasan lebih kurang 150 ekar terletak jauh di pedalaman iaitu 45km dari jalan utama yang dinisbahkan kepada 3 ekar 1 pemilik pekebun kecil yang mengusahakan tanaman sawit tersebut.

Menurut wakil pekebun kecil tersebut, mereka juga turut menghadapi masalah laluan masuk yang selalu dinaiki air, tiada laluan masuk ke kebun, saiz kebun yang kecil, kos operasi yang tinggi serta gangguan serangan gajah yang merosakkan hasil kebun. Luahan dari permasalahan yang dihadapi tersebut di susuli dengan pandemik Covid-19 yang banyak memberi kesan terhadap ekonomi pekebun kecil, bantuan serta keprihatinan pihak kerajaan amat diperlukan oleh semua pekebun kecil yang terlibat.