BESUT, 23 MEI – Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dato’ Dr. Mohd Khairudin Aman Razali telah menyampaikan sumbangan 400 kilogram ikan segar beserta sumbangan barangan keperluan harian kepada penduduk di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Besut yang mana kebanyakan keluarga berpendapatan rendah.

Sumbangan yang diberi sedikit sebanyak membantu mereka mendapatkan keperluan harian menjelang Aidilfitri yang mana terkesan dengan kemelesetan ekonomi berikutan penularan wabak Covid-19 di negara ini. Jelas terpancar raut kegembiraan mereka semasa menerima bantuan yang disampaikan oleh Pegawai Tugas-tugas Khas, Ust Zamani Al Besuty yang mewakili menteri tersebut. Turut bersama Pegawai Penyelaras DUN Hulu Besut, Ustaz Mat Daik Mohammad semasa sumabangan disampaikan kepada ahli keluarga yang memerlukan.

Program yang dijalankan melalui kerjasama Pertubuhan Kebajikan dan Ekonomi Rakyat Terengganu (Pekerti) itu diadakan di Dewan Terbuka Dato’ Seri Idris Jusoh, Kg Darau di sini dan juga di Perkampungan Ubudiah Kg Pasir Akar, Jerteh semalam.