PUTRAJAYA, 25 MEI – Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan kes COVID-19 terutamanya di depoh tahanan Imigresen dijangka akan bertambah.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, walaupu kes dijangka akan bertambah, namun rakyat tidak perlu risau kerana ia sudah dikawal daripada tular.

“Kami masih menunggu keputusan. Ujian telah dilakukan, kami sekarang menunggu keputusan dalam tempoh 24 jam akan datang.

“Kami meramalkan hari ini, esok dan lusa, mungkin akan berlakunya peningkatan jumlah kes tapi apa yang penting, ia sudah dibendung.

“Mereka yang positif diasingkan dan dibawa terus ke hospital dan mereka yang negatif, kami asingkan mereka dan kuarantin mereka di tempat sesuai,” ujar beliau dalam sidang media di Putrajaya pada hari ini.