TEPOH, KUALA TERENGGANU – Sebilangan penduduk kurang bernasib baik di Kg. Pondok Lalang, Kuala Terengganu menerima kunjungan serta bantuan keperluan harian daripada Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali hari ini.

Antara lain yang menerima kunjungan Ziarah Aidilfitri tersebut, keluarga En. Ghazali Matmin yang terpaksa tinggal di sebuah kilang lama di sini. Pihak Dato’ Dr. Khairuddin, Pusat Khidmat Adun Tepoh serta Pengerusi MPKK sedang mengusahakan kediaman yang lebih selesa buat keluarga En. Ghazali dalam masa terdekat.

Dato’ Dr. Khairuddin Takiri diwakili Setiausaha Politiknya, Ust Mohd Kamal Nazmi bersama YB Hishamuddin Abdul Karim, ADUN Tepoh berpeluang turun sendiri untuk bertanya khabar serta menyumbang keperluan harian bagi keluarga yang dilawati.