KUALA LUMPUR, 28 MEI – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada hari ini telah dipecat dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuatkuasa serta-merta.

Selain Dr Mahathir, turut dipecat ialah Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Datuk Amiruddin Hamzah, Dr Maszlee Malek dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Perkara ini telah dimaklumkan oleh Setiausaha Kerja Bersatu, Kapten Muhammad Suhaimi Yahya melalui satu kenyataan lewat petang ini.