JUMAAT, 29 Mei – Air mata bapa mana yang mampu bertahan selepas kehilangan 3 orang anak serentak dalam kejadian mati lemas di Sungai Terengganu semalam.

Kejadian yang meragut nyawa 3 daripada 8 beradik anak En. Mohd Ismail mendapat perhatian daripada pelbagai pihak termasuk YB. Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali, Ahli Parlimen Kuala Nerus.

Tiga jenazah anaknya itu adalah Allahyarham Umar Iskandar Mohd, 21, Khairul Firdaus Mohd, 17 dan Khalif Naim Mohd, 16 yang merupakan anak keempat, keenam dan ketujuh dari lapan beradik.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi diwakili Mohd Kamal Nazmi; Setiausaha Politiknya bersama Ustaz Kamaruzzaman Abdullah; Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera pagi ini, menziarahi keluarga mangsa lemas untuk bertanya khabar dan menyampaikan sumbangan.

Semoga keluarga mangsa tabah menghadapi ujian kehilangan keluarga tersayang.