SABTU, 30 Mei – Kerjasama Ahli Parlimen Kuala Nerus; YB Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman dan Adun Tepoh; YB Hishamuddin Abdul Karim dalam membantu meringankan beban rakyat miskin di Tepoh sangat memberi kesan kepada rakyat.

Keluarga En. Ghazali dari Kg. Pondok Lalang petang tadi menerima berita gembira dengan penghantaran beberapa keperluan rumah seperti Tilam, bantal, tikar, mesin basuh, dan perlatan memasak dari 2 YB mereka.

En. Ghazali dalam ucapan terima kasihnya kepada 2 YB tersebut menzahirkan setinggi-tinggi kesyukuran dengan bantuan yang dihantar ini sementara menunggu proses untuk mendapatkan bantuan rumah baru untuk keluarganya.

“Alhamdulillah, ini adalah anugerah Allah buat keluarga saya..”

Hadir dalam penyerahan sumbangan petang tadi Setiausaha Politik YB Dr. Khairuddin, Ketua Kebajikan Dun Tepoh dan Ketua Pemuda Dun Tepoh untuk turut sama bergotong royong membersihkan kawasan sekitar rumah En. Ghazali bagi memastikan keluarga beliau dapat tinggal dengan lebih selesa..