PUTRAJAYA, 29 MEI – Satu sidang akhbar khas yang diatur oleh Pejabat YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) telah tular diadakan di ibu Pejabat Parti Pribumi Malaysia (PPBM).

Sejak tengah hari Jumaat, tular jemputan untuk membuat liputan sidang media khas YB Datuk Seri Mohd Redzuan bersama Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Dr Shahruddin Md Salleh di ibu pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada jam 5 petang.

Penafian keras di buat oleh Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Mohd Hafeez Bin Mohd Yunus mengenai berita yang tular tersebut dan tiada sebarang sidang akhbar khas dari pihak pejabat menteri memandangkan YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof masih menjalani tempoh kuarantin pada masa ini.

Di akhir kenyataan pada sidang media, Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) mengingatkan kepada semua pihak agar sentiasa menjaga penjarakan sosial demi untuk memutuskan rantaian jangkitan wabak Covid-19.