KOTA BHARU, 30 MEI – Pas Kelantan memaklumkan akan memastikan calon Pakatan Harapan yang bertanding di Kelantan akan hilang wang deposit mereka sekiranya Parlimen dibubarkan dan pilihan raya umum (PRU) diadakan dalam masa terdekat.

Setiausaha Pas Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, sekiranya PRU terpaksa diadakan, Pas akan memastikan tidak akan ada lagi suara PH berkumandang di Parlimen.

Menurut beliau, dalam keadaan situasi terkini negara, beliau pasti yang PH mungkin tidak suka PRU diadakan.

“Sebenarnya dalam keadaan situasi negara sedang dilanda Covid-19 dan juga masalah politik berlarutan sejak PRU14 lalu, saya yakin rakyat sendiri seboleh-bolehnya (mahukan) kerajaan yang mantap.

“Kebanyakan rakyat tidak mahu lagi melihat berlaku pergolakan politik di peringkat pimpinan negara yang akan menyusahkan rakyat,” ujar beliau.

Che Abdullah berkata, suasana dalam Parlimen akan berubah sekiranya dibenarkan bersidang sepenuhnya.

“Kerajaan di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin akan memberi ruang sepenuhnya untuk ahli Parlimen berbahas dan mengemukakan masalah rakyat dan sebagainya.