Petang tadi, saya sempat meneliti memorandum dari NGO Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) dan beberapa pihak lain berkenaan isu arak dan pemandu mabuk, serta peruntukan undang-undang yang sedia ada. Saya amat menghargai segala pandangan dan cadangan yang diutarakan. Kerajaan amat memahami kerisauan masyarakat berhubung isu ini.⁣⁣⁣
⁣⁣⁣
Saya amat bersetuju dengan langkah YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) bagi menyegerakan pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) serta aspek perundangan lain seperti pertuduhan di bawah Kanun Keseksaan.⁣⁣
⁣⁣
Tanggungjawab memelihara nyawa (hifz al-nafs) adalah salah satu keutamaan dalam maqasid syariah dan perlu diambil berat oleh kerajaan agar isu ini dapat dirawat hingga ke akar permasalahannya. ⁣⁣
⁣⁣⁣
Pihak Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bersedia untuk meneliti isu ini dari sudut sosial, etika dan moral. Kita sedia memberi idea dan buah fikiran yang terbaik untuk memastikan isu ini dapat ditangani sesegera yang mungkin.⁣⁣
⁣⁣
Semoga usaha bersama kita dapat memberikan solusi terbaik dan akan membantu menyelesaikan permasalahan ini, demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia secara keseluruhannya.